Kalau dikenang zaman dahulu, berbagai cara mak ayah gunakan untuk disiplinkan kita supaya berpuasa. Ada yang dirotan, dileter, malah pasti ada antara kita yang pernah dikejar satu kampung gara-gara kantoi berbuka di tengah hari.
Apapun caranya, ia bertujuan untuk melatih kita sejak kecil untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.
Seiring zaman, cara didikan mak ayah pun berubah. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi cara abangnya melatih anak saudaranya yang berusia 6 tahun untuk berpuasa.
Menurut Kopi Panas, abangnya memberi sijil penghargaan kepada anaknya yang berjaya menghabiskan puasa 30 hari.
“Abang aku buat sijil penghargaan kat anak dia sebab habiskan puasa 30 hari.”
“Tahniah kepada anakanda Hud Al-Fateh bin Danial kerana telah berpuasa selama 30 hari sekaligus berjaya menunaikan ibadah Rukun Islam yang ketiga pada tahun ini 2020/1441 H.”
Sijil berkenaan juga dilengkapi dengan tanda tangan dari ibu dan ayahnya sebagai tanda pengesahan.
Tahniah Hud!
Anda yang sudah bergelar ibu bapa dan mempunyai anak yang mula belajar berpuasa, mungkin boleh menggunakan idea ini sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak anda.
Terdapat pelbagai contoh sijil yang ada di pasaran dan banyak dijual di platform e-dagang.

Hasil pencarian kami di platform e-dagang, anda boleh mendapatkan kertas sijil ini di LAZADA dan Shopee.

Bingkai sijil juga boleh didapati di LAZADA dan Shopee.
Sumber: Kopi Panas