Siakap Keli
Kredit: Google

“Bukan Orang Rupanya”, Mekanik Kongsi Kisah Seram ‘Disergah’ Penunggang RXZ Merah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak semua orang pernah melalui situasi seram bertemu makhluk halus secara berhadapan. Bagi mereka yang pernah melaluinya, pasti tak dapat dilupakan biarpun bertahun telah berlalu.

Inilah dihadapi seorang mekanik, Rahman Mohamed yang mengalami peristiwa seram pada 2001 yang lalu.

Menurut Rahman, dia telah melihat sendiri entiti berkenaan ketika ditugaskan untuk memperbaiki sebuah bas yang rosak di lebuh raya pada tengah malam. Jom baca perkongsiannya di bawah.

Salam subuh.. Maaf kalau tak pandai mengarang cerita. Aku nak kongsi satu pengalaman yang agak menakutkan atau menyeramkan yang pernah aku alami.

Kejadian sekitar tahun 2001. Aku seorang mekanik bas yang berpusat di Kuala Lumpur. Sebagai seorang mekanik kadang kala aku ditugaskan ambil alih kumpulan kerosakan khas yang ada 2 kumpulan. Kira aku kumpulan siap sedia jika diperlukan.

Walaupun team ketiga, waktu kerja aku lebih banyak dihabiskan di lebuh raya dari di bengkel. Pada satu malam aku dapat panggilan dari pegawai operasi syarikat bahawa ada satu bas rosak berhampiran RnR T**** menghala ke utara.

Kebetulan pada masa tersebut aku berada di T****** M****. Mana kala team yang lain berada agak jauh dari lokasi bas yang rosak tersebut.

Aku dengan seorang rakan yang kebetulan berada di T****** M**** terus menuju ke lokasi sebuah bas kami yang rosak. Kesemua penumpang telah dibawa ke destinasi yang dituju menggunakan bas kami yang lain secara sedikit demi sedikit.

Jarak bas yang rosak dengan hentian rehat T**** menghala utara cuma dalam lingkungan 1 km sahaja. Jam di tangan aku menunjukkan angka 2 am. Aku tak dapat memperbaiki bas dalam serta merta kerana alat ganti yang rosak perlu di ganti.

Alat ganti akan sampai dengan bas yang akan lalu sekitar pukul 10 am mungkin dikirim dengan bas yang akan lalu 8 am dari Kuala Lumpur.

Aku dan rakan kerja mengambil keputusan untuk berehat atau tidur sahaja di dalam bas yang rosak tersebut sehingga alat yang perlu diganti sampai pada esok pagi nya.

Bersama seorang pemandu dan rakan kerja, kami berehat sambil tidur di dalam bas yang rosak tersebut.

Dengan badan yang letih dan hampir terlena, aku terdengar bunyi ekzos motor yang agak kuat di luar bas kami. Aku kejut pemandu bas suruh dia bangun untuk lihat. Tapi dia cakap tak payah tengok, biarkan sahaja. Aku rasa macam ada yang tak kena.

Aku ambil keputusan untuk ke bahagian hadapan bas. Tanpa membuka pintu bas, aku lihat di luar ada sebuah motor RXZ berwarna merah.. Masih nampak warna kerana di kawasan bas rosak ada lampu jalan atau lebuh raya.

Jelas ternampak seorang pemuda dengan motornya berhenti betul-betul di depan bas yang aku baiki. Aku masih di dalam bas terasa takut hendak keluar bertanya walau pun aku seorang pendekar atau pesilat.

Tak lama kemudian penunggang motor tersebut membuka helmet yang dipakainya..

Allahuakbar..

Itu sahaja ayat yang mampu keluar dari mulut aku.. Rupanya yang aku lihat bukan manusia. Dengan mukanya yang hancur dan penuh darah, pehhhhh amat menakut kan..

Rasa macam nak terkencing dalam seluar dibuatnya..

Aku terus ke belakang bas dan kejutkan pemandu bas yang masih menyambung tidur. Kawan aku pulak tidur mati tak sedar diri.

Aku ceritakan apa yang aku lihat tadi. Rupanya dia dah pernah alami apa yang aku lihat tadi. Buat pengetahuan semua di situ memang tempat lumba haram dan kerap kali terjadi kemalangan maut.

Itu sahaja cerita aku. Banyak lagi kejadian yang aku alami sepanjang bekerja sebagai mekanik bas. Baik di lebuh raya dan di jalan biasa.

Sumber: Rahman Mohamed

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.