Siakap Keli

Covid-19 Menurun, Denggi Meningkat Mendadak, Jangan Leka Dua-Dua Boleh Bawa Maut – Dr Izani

Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin mengingatkan orang ramai untuk menjaga kebersihan dan disiplinkan diri.

Ini kerana selepas Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes denggi di negara ini meningkat secara mendadak ketika negara masih lagi berperang dengan pandemik Covid-19.

COVID-19 menurun, DENGGI meningkat mendadak. Jangan leka. Kedua-keduanya mendatangkan maut. Jaga kebersihan. Disiplinkan diri.

Posted by YB Dr Izani Husin on Monday, June 8, 2020

Dr Izani turut mengingatkan orang ramai jangan leka kerana Covid-19 dan Denggi kedua-duanya boleh mendatangkan maut. Menurut laporan KKM, dari Januari sehingga 6 Jun 2020, sebanyak 48,584 kes demam denggi telah dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh sama tahun 2019. Penurunan sebanyak 11 peratus.

Namun, tren tersebut kembali menaik sejak 6 minggu yang lalu dengan purata peningkatan sebanyak 8 peratus setiap minggu. KKM menjangkakan akan berlaku gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September 2020 iaitu berdasarkan tren kes demam denggi selama 5 tahun.

Semalam, Malaysia berjaya mencatat hanya 7 kes positif baharu Covid-19 rekod paling rendah setakat ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Selepas menjalani beberapa fasa PKP kemudian beralih kepada PKPB yang dijadual berakhir 9 Jun ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, PKPP ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah ‘Exit Strategy’ sebelum negara memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah diwartakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu.

Banyak sektor ekonomi sudah dibuka dan sekolah juga akan dibuka secara berperingkat ketika PKPP ini. Perjalanan merentas negeri juga turut dibenarkan ketika PKPP. Terus mematuhi Penjarakan Sosial, Jaga Kebersihan Diri dan semoga kita dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini secepat mungkin.

Sumber: Dr Izani Husin, KKM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.