Siakap Keli

COVID-19: Vietnam Berjaya Kekalkan Sifar Kes Baharu Jangkitan Tempatan

HANOI, 9 Jun — Vietnam berjaya mengekalkan sifar kes baharu jangkitan tempatan selama 54 hari berturut-turut setakat Selasa pagi, lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19.

Daripada jumlah keseluruhan 332 kes, 192 adalah kes import dan yang dikuarantin semasa ketibaan.

Sebanyak 316 daripada 332 pesakit disahkan sembuh dan tiada kematian dilaporkan.

Juruterbang Britain berusia 91 tahun, yang menerima rawatan di Hospital Cho Ray, di Ho Chi Minh, menunjukkan perkembangan positif, kata Ketua Jabatan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan Kementerian Kesihatan Awam Profesor Madya Dr Luong Ngoc Khue.

Setakat ini, seramai 8,182 kontak pesakit atau yang pulang dari kawasan terjejas wabak sedang dikuarantin di hospital, di rumah dan pusat kuarantin.

Sumber: Bernama

Nor Azilah