Siakap Keli
Gambar: Bernama

Zoo Seluruh Negara Dibenarkan Beroperasi Semula Bermula Esok Dengan SOP Ketat

Kerajaan memutuskan untuk membenarkan semula zoo di seluruh negara beroperasi semula bermula esok (10 Jun 2020) selaras dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan tersebut berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

”Pembukaan semula zoo pada 10 Jun tertakluk kepada SOP yang perlu dipatuhi,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, ujar beliau, pusat seni lukis dan muzik tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi tetapi kerajaan akan mempertimbangkan keputusan tersebut.

”Muzik, galeri seni dan sebagainya, belum lagi tapi isnyaAllah kita akan pertimbangkan perkara ini,” kata beliau.

Sumber: Sidang Media PKPB

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.