Siakap Keli
Gambar: The Sun

“Bandar Tersembunyi,” Imbasan Radar Berjaya ‘Temui’ Kota Rom Berusia Lebih 2,000 Tahun

Sebuah bandar Rom di Itali telah dipetakan secara terperinci tanpa menggali dan dengan hanya menggunakan radar yang menembus tanah yang diikat pada basikal quad, lapor The Sun.

Falerii Novi berusia lebih 2,000 tahun namun berada di bawah tanah dan memperlihatkan banyak bangunan kuno yang belum ditemui hingga sekarang.

Gambar: The Sun

Imbasan baru di lapangan ini merangkumi rumah mandi, teater, kedai dan sistem paip di seluruh bandar dengan perincian yang belum pernah dilihat untuk pertama kali.

Para arkeologi berkata alat radar menembus tanah (GPR) dapat merevolusikan pemahaman kita tentang penempatan kuno.

Teknologi ini membolehkan para penyelidik meninjau kawasan-kawasan luas yang terperangkap di bawah permukaan bumi tanpa perlu melakukan penggalian yang mengambil masa lama.

Gambar: The Sun

Profesor Martin Millet mengatakan bahawa penyelidikan seperti ini boleh mengubah cara arkeologi menyiasat kawasan bandar.

Teknologi ini digunakan di Falerii Novi, sebuah kota berdinding seluas 75 ekar iaitu kira-kira 30 batu (50 km) utara Rom.

Gambar: The Sun

Falerii Novi didirikan pada tahun 241 SM pada zaman Republik Rom dan dihuni hingga sekitar tahun 700 Masihi pada awal Zaman Pertengahan.

Dengan populasi seramai 3,000 orang, ia mempunyai kompleks tempat mandi umum dan bangunan pasar dengan sekurang-kurangya 60 buah rumah yang besar dan sebuah kuil segi empat.

Gambar: The Sun

Kawasan itu mempunyai perancangan bandar yang selaras dengan rangkaian paip air yang mengalir di bawah blok-blok bandar.

Penyelidikan itu menandakan pertama kalinya sebuah bandar kuno yang lengkap dipetakan menggunakan radar yang menembusi tanah (GPR).

Gambar The Sun

“Ini benar-benar mengubah tentang bagaimana kita dapat mengkaji dan memahami bandar Rom, ini merupakan cara masa depan untuk arkeologi,” kata Profesor Millet.

Sumber: The Sun

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa