Siakap Keli
Gambar Via Google

China Keluarkan Tenggiling Dari Senarai Rasmi Ubatan Tradisional

China telah mengeluarkan tenggiling dari senarai rasmi rawatan perubatan tradisional Cina, lapor BBC.

Menurut akhbar China’s Health Times, langkah itu dilakukan selepas negara tersebut menaikkan status haiwan yang dilindungi ke tahap yang tertinggi pada minggu lalu.

Mamalia  itu sememangnya menjadi perhatian bagi pemburu haram kerana daging dan sisiknya. Kesemua lapan spesies telah diancam kepupusan.

Badan amal pemuliharaan telah menyambut baik langkah menuju perlindungan yang lebih berskala besar.

“Langkah China untuk menghentikan penggunaan tenggiling sebagai ubat-ubatan tradisional sememangnya telah lama ditunggu-tunggu.

“Kami berharap agar langkah China yang seterusnya adalah dengan menguatkuasakan peraturan dan berusaha mengubah tingkah laku pengguna,” kata Paul Thomson dari ‘Save Pangolins’.

Tenggiling dilitupi dengan beberapa lapisan sisik yang digunakan untuk melindungi diri mereka dari sebarang pemangsa. Pun begitu, sisik tersebut sangat diminati oleh pengamal perubatan tradisional Cina dan dagingnya pula dianggap sebagai makanan istimewa.

China telah melarang pengambilan haiwan liar untuk makanan setelah berlakunya wabak Covid-19 namun ada pengecualian tertentu seperti ubat atau bulu.

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa