Siakap Keli

Disyaki Terlibat Jenayah Curi Besi, Dua Lelaki Rohingya Diberkas Polis Di Johor

Dua lelaki warga Rohingya ditahan polis secara berasingan setelah melakukan jenayah ceroboh dan mencuri besi di sekitar kawasan Plaza Larkin, Johor Bahru baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd Padzli Mohd Zain berkata, semasa rondaan di sekitar bangunan tersebut, pihak polis menemui suspek pertama, lelaki, 33 tahun beserta barangan rampasan seperti batang besi pelbagai jenis beranggaran 200 kilogram.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku telah ke tempat kejadian untuk melakukan jenayah curi besi bersama seorang lagi rakan jenayahnya lelaki berbangsa Rohingya.

Gambar: Facebook

“Namun suspek (rakan) tersebut sempat melarikan diri sebelum ketibaan pihak polis di lokasi kejadian.

“Pada 8 Jun, kira-kira pukul 10 malam, pihak polis telah menahan seorang lagi lelaki bangsa Rohingya yang disyaki merupakan rakan sepenjenayah suspek bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, sebuah lori jenis Daihatsu yang dipandu suspek pertama juga turut dirampas.

Gambar: Facebook

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan 448 Kanun Keseksaan (KK).

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 379 KK, pesalah akan dihukum penjara sehingga tujuh (7) tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala bagi Seksyen 448 KK, jika disabitkan kesalahan, pesalah akan dihukum penjara sehingga tiga (3) tahun, atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai diseru untuk bekerjasama bersama pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182339.

Gambar: Facebook

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.