Group Suami Masak Apa Hari Ini Popular Hingga Ke United Kingdom Sampai ‘Mat Saleh’ Minta Nak “Join”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tidak kenal dengan group paling trending di Facebook masa kini, iaitu Suami Masak Apa Hari Ini?

Group yang mengumpulkan kira-kira lebih 250,000 ‘encik’ suami dan bakal suami dari dalam dan luar negara itu sangat terkenal dengan nilai persaudaraan (atau lebih mesra dipanggil brotherhood), saling berkongsi mengenai resipi masakan, update gambar sedang memasak dengan gaya yang menghiburkan, sehinggalah kerja-kerja amal yang dijalankan bagi membantu mereka yang kesusahan.

Pendek kata, group Suami Masak Apa Hari Ini? atau SMAHI itu lengkap segala-galanya, ibarat ‘dunia’ orang lelaki yang khususnya meminati bidang masakan.

Terbaharu, disebabkan pengaruhnya yang begitu kuat, SMAHI berjaya menarik perhatian seorang lelaki berbangsa Inggeris untuk menyertai group tersebut.

Salah seorang admin SMAHI, Rodk Raymee menceritakan perkara itu menerusi satu perkongsian di halaman utama.

Mungkin disebabkan individu berkenaan adalah mat saleh, admin Rodk pada awalnya berasa ragu-ragu tentang profilnya.

Apatah lagi isu yang sangat biasa kita dengar, kemunculan profil akaun palsu milik orang ‘sana’ yang membanjiri mana-mana ruangan komen di Facebook dengan menulis ayat menggunakan Bahasa Malaysia seperti contoh berikut;

Assalamualaikum, saya Ahmed (bukan nama sebenar), saya ingin membeli duit lama wang lama tembaga lama coin jujur saya bercakap benar Alhamdulillah..

Tapi mujurlah, mat saleh bernama Rob James ini berlaku jujur yang profil akaunnya itu adalah asli.

Mari baca perbualan mereka di bawah;

Rupa-rupanya, Rob James berkahwin dengan orang Malaysia.

Isterinya merupakan wanita berbangsa Melayu.

Saudara jauhlah ni kiranya..

Kedatangan Rob James ke group SMAHI pada malam ini mencetus fenomena ‘teruja’ yang meninggi dalam kalangan brotherhood SMAHI.

Masakan tidak, sungguh tidak sangka rupanya ada ‘encik’ suami mat saleh dari United Kingdom sanggup ‘datang’ jauh-jauh ke Malaysia semata-mata mahu mendalami Bahasa Malaysia di samping meminati menu masakan orang kita.

Pelbagai reaksi ahli-ahli SMAHI sejurus menerima kehadiran Rob James sebagai brother baru.
Pelbagai reaksi ahli-ahli SMAHI sejurus menerima kehadiran Rob James sebagai brother baru.
Pelbagai reaksi ahli-ahli SMAHI sejurus menerima kehadiran Rob James sebagai brother baru.

Tahniah abang-abang SMAHI kerana sudah terkenal di seantero dunia.

Sungguh benarlah, group SMAHI memang dunia lubuk penyatuan brotherhood lelaki-lelaki awesome yang bukan sahaja kacak bergaya dan hebat memasak di dapur, malah juga boleh membina tali persaudaraan yang menghubungkan semua bangsa, agama dan negara.

Segala-galanya hanya dari sebuah kuali.

Selamat datang Rob James..

Nota: penulis pun ahli SMAHI juga, cuma belum bergelar suami.

Hey Brotherhood SMAHI! Smlm min terima msg dari someone yang min igt scammer hahaha 😂 . Tapi lepas selidik secara…

Posted by Rodk Raymee on Wednesday, June 10, 2020

Sumber: Suami Masak Apa Hari Ini?

Denin

Menulis untuk mendidik.

Editor: Fazidi

Dari Wiser.my