Siakap Keli

Harga Kereta Perodua Turun Dari 3 Hingga 6 Peratus Mulai Hari Ini

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjadi sebuah syarikat pertama yang menurunkan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus mulai hari ini.

Menurut peneraju pemasaran automotif tempatan berkata pengurangan harga tersebut akan dipecahkan kepada dua slot bermulai hari ini hingga 14 Jun membabitkan pemberian rebat tunai untuk mengurangkan harga sebelum harga rendah berkenaan dikekalkan sepanjang tempoh pengurangan cukai yang disarankan oleh kerajaan.

Kata Presiden dan ketua Eksekutifnya Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, walaupun tempoh pengurangan cukai bermula pada 15 Jun 2020, PERODUA tetap akan memberikan rebat tunai antara tiga hingga enam peratus bagi pembelian kenderaan yang bermula pada hari ini.

Kami ingin smeua orang mengambil kesempatan dan peluang ini untuk memiliki kenderaan PERODUA tanpa rasa bimbang akan ketinggalan, tambahnya lagi.

Jelasnya, pihak PERODUA terus menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini untuk membantu meningkatkan ekonomi negara.

Antara model semasa PERODUA adalah Myvi, Axia, Bezaa, Aruz dan Alza.

Zainal Abidin berkata lagi, rakyat Malaysia lebih berhati-hati dalam perbelanjaan sepanjang fasa PKP ini, namun kenderaan adalah satu keperluan untuk masa-masa sukar ini.

“Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui amaun rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuat kuasa 15 Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perodua berkata ini menepati pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas.

Antara insentif untuk membantu industri automotif termasuk pengecualian cukai jualan 100 peratus bagi kenderaan pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) dan pengecualian 50 peratus bagi kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU) sehingga akhir tahun ini.

Zainal Abidin berkata Perodua menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha pemulihan ekonomi domestik.

“Pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD menyakinkan industri automotif, bukan sahaja pelanggan malah keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar.

“Seiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu,” katanya.

Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam tempoh lima bulan pertama 2020, menguasai 41 peratus pasaran berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat ini bagi 2020.

Syarikat itu berkata berdasarkan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan modelnya, Perodua telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lepas untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

Dapatkan aksesori kereta di SINI

Sumber: Bernama

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang