Siakap Keli

Ibu Bapa Pastikan Murid Sihat Sahaja Ke Sekolah, Bagi Bergejala Perlu Buat Pemeriksaan Kesihatan – Menteri Pendidikan

YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan mengingatkan kepada ibu bapa serta penjaga supaya sentiasa memastikan anak mereka yang berada dalam keadaan sihat sahaja untuk ke sekolah.

Menurutnya, kepada para pelajar yang bergejala, mereka perlu membuat kesihatan terlebih dahulu.

“Kami amat berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja di hantar ke sekolah. Sekiranya ibu bapa atau penjaga mendapati anak-anak tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tolong lah jangan hantar mereka ke sekolah. Sebaiknya, bawalah anak-anak ini membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa