Siakap Keli

Kantin Dibuka Tapi Kerajaan Galakkan Ibu Bapa Sediakan Bekal Makanan Untuk Anak-Anak Ke Sekolah

Menerusi satu sidang media dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Radzi Jidin menggalakkan bahawa ibu bapa bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah.

Cara memberi bekal kepada anak-anak adalah satu perkara yang disarankan oleh kerajaan untuk menjaga penjarakan sosial semasa berada di sekolah. (Rujuk video minit ke 11:00)

Tentunya ibu bapa membayangkan waktu rehat nanti. Jangan risau, waktu rehat pelajar akan secara berperingkat dan makanan serta minuman dibungkus. Mereka akan makan di dalam kelas dengan pengawasan guru. Ibu bapa juga digalakan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak. 

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang