Guru, pensyarah atau apa sahaja pangkat dan gelaran, mereka merupakan barisan pendidik yang tidak jemu menaburkan bakti dalam mendidik semua pelajar.
Namun, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di dalam negara sejak Mac lalu dan berlanjutan sehingga hari ini dengan perubahan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pengajaran di sekolah dan universiti telah dilakukan secara atas talian.
Barisan pendidik dilihat tidak berputus asa dan berjuang memastikan kelas berterusan walaupun ada sebilangan pelajar yang tidak turut serta dan mengambil pusing akan latihan dan tugasan yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah.
Tetapi, perkongsian oleh seorang pelajar universiti tempatan dikenali dengan nama @qarlwho di Twitter, mengenai seorang pensyarah yang mengajarnya, ternyata menyentak perasaan ramai.
Lain kali kelas ‘cancel’ jangan ‘excited’ sangat
Menerusi ‘screenshot’ yang dikongsikan, pensyarah tersebut yang dikenali sebagai ‘Miss Rahimah’ sempat memberitahu bahawa kelas mereka dibatalkan pada jam 10 pagi sebelum dia dijemput ilahi pada jam 3 petang hari yang sama, akibat jangkitan kuman dalam salur darah.
Pelajar tersebut ketika dihubungi Siakap Keli berkata, dia merasa sedih akan berita mengejut tersebut namun tidak dapat menolak takdir yang telah ditetapkan.
Lebih menyayat hati, arwah sempat memberikan pesanan terakhir kepada pelajarnya supaya mendoakan agar dia cepat sembuh dan boleh mengadakan kelas bersama mereka pada minggu hadapan.
Malah, dia turut berterima kasih kepada semua mereka yang telah mendoakan agar dia cepat sihat untuk kembali semula mengajar mereka.
Harap saya cepat sembuh dan kita boleh adakan kelas pada minggu hadapan
Sampai hujung hayat pun Miss masih ingat kami..
Baru pagi tadi miss hantar ni. Sampai hujung hayat miss pun miss ingat dekat kami. 😔 pic.twitter.com/EZhIBEaoDc
— 🌚 (@fithri_ab) June 9, 2020
Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin!
Sumber: Twitter qarlwho