Siakap Keli

Mahu Dianggap Dirinya ‘Cool’, Lelaki Biarkan Budak 12 Tahun Pandu Kereta Melebihi Had Laju

Seorang bapa membiarkan kanak-kanak yang berusia 12 tahun memandu kereta miliknya kerana dia ingin dilihat sebagai seorang yang hebat, kata polis.

Walaupun gadis itu tidak mempunyai ikatan darah dengannya, tetapi dia tetap ingin mencuba untuk menarik perhatian. Dikatakan gadis itu meminta untuk menaiki keretanya pada awal pagi. Lelaki berkenaan telah membiarkan gadis itu membawa keretanya untuk mengambarkan bahawa dia seorang ‘bapa’ yang hebat kepada ibu gadis itu.

Gadis yang menjadi perhatian polis itu telah melakukan putaran balik yang tidak sah dan memandu dengan laju hingga 85mph pada zon 45mph. Pegawai Musytari Craig Youchum telah menarik gadis itu dan bertanya mengapa dia memandu dengan laju. Gadis itu menjawab bahawa lelaki berkenaan yang memintanya berbuat demikian.

Lelaki berkenaan turut dituduh telah membeli vape untuk gadis itu yang tinggal bersamanya beberapa hari. Tingkah laku yang dikatakan itu sangat sama dengan sebuah filem yang bertajuk ‘ibu hebat’ yang membiarkan anaknya di bawah umur minum dan menawarkan kondom kepada anaknya. Usaha itu dilihat sebagai suatu yang hebat.

Lelaki berkenaan telah didakwa dengan pengabaian kanak-kanak, membiarkan orang yang tidak dibenarkan memandu dan membuat masalah. Dia telah ditahan di penjara Palm Beach Country sebelum sidang mahkamah pada hari selasa.

Sumber: metro.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa