Siakap Keli
Kredit: Google/Bernama

TERKINI COVID-19: Dukacita, Satu Kematian Libatkan Warga Emas 61 Tahun Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya, 10 Jun – Satu lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini. Hal ini disahkan Kementerian Kesihatan dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit merupakan salah seorang peserta himpunan Sri Petaling.

Beliau telah dirawat lebih kurang tiga bulan sejak Mac sebelum disahkan meninggal dunia pada hari ini.

“Kes kematian ke 118 iaitu kes ke-824 merupakan lelaki warganegara 61 tahun mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang.

“Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan Sri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2020 jam 7 pagi,” katanya.

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. (10 Jun 2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Wednesday, June 10, 2020

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.