Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Rekod Baru, Hanya 2 Kes Dilaporkan Hari Ini, Terendah Sejak PKP Dilaksanakan – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan hanya terdapat dua (2) kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan, menjadikan angka keseluruhan kes terkini berjumlah 8,338 kes.

Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyka 1,206 kes.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu kali ini adalah merupakan jumlah kes baru terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, satu kes daripadanya adalah kes import, manakala satu lagi merupakan seorang warga asing yang mempunyai saringan kontak rapat dengan kes ke-8,303.

Sekali lagi negara beroleh kejayaan kerana tiada sebarang kes baharu melibatkan warganegara tempatan.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'