Siakap Keli

704 PATI, 125 Tekong Ditahan Cuba Masuk Negara Secara Haram Sejak 1 Mei – Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa terdapat 704 pendatang tanpa izin dan 125 tekong ditahan kerana cuba masuk sempadan negara secara haram.

“Dari 1 Mei hingga semalam seramai 704 PATI dan 125 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong-lorong tikus.

“Turut ditahan adalah 12 individu yang disyaki penyeludup serta 14 buah kapal. Agensi penguatkuasa juga berjaya mengusir 164 pati , 6 tekong serta 27 kapal yang cuba membolosi kawasan sempadan negara.

“PDRM juga membuat 49 sekatan jalan raya Ops benteng di seluruh negara bagi memeriksa 40,969 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutama di lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan juga mereka yang bersekongkol dengan tekong yang cuba membawa pati ini.

“Agensi penguatkuasa akan terus mengawal ketat sempadan negara terutama di lorong-lorong tikus,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa