Siakap Keli

Bacaan ‘Tusuk’ Kalbu, Johan Tilawah Ini Kongsikan 3 Kunci Utama Jadi ‘Qori’ Berjaya

Siapa yang tidak kenal dengan kelunakkan suara Nor Farhatul Fairuzah Panut yang mempunyai suara yang cukup memukau apabila mengalunkan surah meskipun baru berusia 20 tahun. Dia juga banyak memberi inspirasi dalam kalangan remaja untuk mencintai Al-quran.

Farhatul yang berasal dari Sepang, Selangor telah menjuarai Pertandingan Tilawah Dan Hafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke 61 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sejak kemenangannya, Farhatul dikenali kerana sering berkongsi minatnya itu menerusi laman Instagram telah berjaya menarik minat ramai orang untuk mengenal seni taranum dengan lebih dekat.

Melalui posting terbaru di laman Instagram miliknya, dia telah berkongsi tiga kunci utama untuk menjadi qori yang baik.

Antara yang dikongsikan olehnya ialah harus berdisiplin dengan masa membuat latihan. Latihan yang dijalankan juga perlulah istiqomah supaya tidak mudah mengalah.

Kedua, bagi menjadi qori yang baik adalah perlu sabar dalam segala hal. Manakala bagi yang ketiga ialah tidak mudah mengalah setiap perkara yang dilakukan.

View this post on Instagram

tiada ungkapan lain 💪🏻 #Motivasi #QnA

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

Sumber: Farhatulfairuzah

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa