Siakap Keli

Berang Tak Diberi Upah Duit Rokok, Adik Tergamak Tetak Tangan Kakak Hingga Parah & Patah

Kerana tidak diberi duit rokok, seorang lelaki berumur 27 tahun tergamak menetak tangan mangsa yang juga kakanya sehingga cedera parah pada Rabu lalu.

Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Jambi, Indonesia

Polis Jambi telah menahan lelaki tersebut dan mangsa telah dikejarkan ke hospital.

“Kami telah meleraikan pergaduhan dan berjaya menangkap suspek. Mangsa yang merupakan kakak kepada suspek kini sedang dirawat di Rumah Sakit Jambi” kata wakil Unit Siasatan Jenayah Jelutung, Ipd Fajaruddin.

Dari maklumat yang diperoleh dari ibu mangsa, Mardiani,  suspek telah menetak tangan kakanya sehingga patah dengan menggunakan parang.

Pergaduhan terjadi apabila mangsa meminta adiknya mengambil air di dapur dan berjanji akan beri upah duit rokok. Namun, selepas adiknya mengambil air mangsa menyuruh untuk buat kerja yang lain.

Secara tiba-tiba suspek mengamuk dan mengambil parang yang ada bersekatan. Apabila melihat anaknya yang sedang dalam keadaan marah, Mardiani menyuruh mangsa untuk mengalah dari lari dari rumah. Namun, keadaan terjadi sekelip mata apabila adiknya mula mengamuk dan menetak tangan mangsa.

Sumber: kompas.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.