Siakap Keli
FOTO: Digitalalphablet

China Dipercayai Gandakan Pengeluaran Topi & Baju ‘Boycott China’ Atas Permintaan Tinggi Di India

Menurut sumber Digitalalphablet, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyeru kepada rakyatnya untuk terus menyokong produk keluaran lokal bukan daripada China.

Namun, China dipercayai telah ,menghasilkan barangan seperti Topi dan T-shirt yang mempunyai perkataan “Boikot China” kerana mereka menjangkakan peningkatan penjualan yang tinggi di India.

Seperti mana kita tahu, satu dunia dijangkiti wabak Covid-19 yang bermula daripada satu wilayah di China. Justeru itu, kerajaan India dan China sedang berdepan dengan satu krisis perhubungan atau juga dikenali sebagai Lina of Actual Control (LAC).

India dan China telah menghantar pasukan tentera negara masing-masing untuk menjaga sempadan dan ketegangan sedang memuncak. Oleh itu, China telah meramalkan penjualan kempen boikot China akan meningkatan kepada jutaan ringgit.

Oleh yang demikian, China telah menghasilkan topi dan baju di India sebagai sebahagian daripada kempen boikot tersebut, hanya untuk meraih keuntungan.

Bahkan, usaha ini dapat membantu pengusaha kecil yang terkandas kerana wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Kini, pakaian tersebut sudah masuk ke dalam perniagaan di India.

 

Sumber: Digitalaphablet

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang