Siakap Keli

Dua Bot Vietnam Ditahan Cuba Ceroboh Perairan Negara

Cubaan dua buah bot vesel asing dipercayai milik nelayan Vietnam yang cuba menceroboh perairan negara di sekitar Pahang menemui kegagalan apabila tindakan mereka dihidu pihak berkuasa.

Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Pahang melalui Bahagian Perlindungan Sumber berjaya mematahkan cubaan tersebut dalam satu operasi sejurus menerima aduan.

Kira-kira 26 orang warga Vietnam yang terlibat telah ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (A), Akta Perikanan 1985 iaitu kesalahan menangkap ikan di dalam perairan Malaysia serta Seksyen 16 (3), memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Menurut kenyataan DOF di halaman Facebook hari ini, kedua-dua bot vesel berkenaan turut ditahan dan telah dibawa ke Jeti Pangkalan Perlindungan Sumber Kuantan.

Laporan polis telah dibuat bagi tindakan lanjut.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.