Siakap Keli
Gambar: Bernama

Jumlah Dibenarkan Solat Berjemaah Di Masjid, Surau WP Dalam Zon Hijau Adalah 1/3 Daripada Had Kapasiti

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa semua masjid, surau Jumaat serta surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka bagi solat Jumaat dan solat berjemaah mulai esok.

Menurutnya, bilangan jemaah yang dibenarkan hanyalah satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama.

“Sebagai contoh, jika sebuah dewan solat mampu memuatkan 1,000 orang jemaah satu0-satu masa, maka bilangannya yang dibenarkan adalah 330 orang buat masa ini”, ujarnya.

Tambahnya lagi, kebenaran itu mula berkuatkuasa pada solat Jumaat pada 12 Jun 2020 ini bersamaan dengan 20 Syawal 1441 Hijrah.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa