”Kenapa Bilik Tu Berlampu”, Pemuda Berpeluh ‘Disakat’ Budak Menangis Ketika Lalu Kolej Kediaman Kosong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pelajar-pelajar universiti yang terkandas lama di kolej kediaman kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing.

Jadi, sudah tentulah kolej kediaman mereka kosong dan sunyi.

Kalau adapun pelajar, mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak balik.

Namun, di sebalik kesunyian bangunan itu, muncul satu kisah misteri yang ‘memecahkan’ suasana sunyi tersebut.

Kisah pengalaman seram ini dialami sendiri oleh seorang pembantu felo di sebuah kolej kediaman di sebuah universiti, Danesh Raj Nagarajan baru-baru ini yang dikongsi melalui bahagian ‘story’ di Instagram.

Mari ikuti kisah ini berdasarkan gambar satu persatu.

Dah keluar pintu dah jalan sampai pintu kaca dekat belakang tu.. Aku dengar bunyi orang nangis.. Aku pusing belakang tengok kot-kot ada felo bawa anak jalan-jalan ambik angin sebab anak nangis malam-malam kan.. Tapi takde!

Penulis tuliskan semula tulisan di atas supaya lebih jelas;

Then nampak felo lagi seorang dah tunggu aku.. Dia terus cakap ‘muka nampak penat tu Danesh..’. Aku tak tahu nak senyum ke cerita.. Kami masuk pejabat dulu sebab nak ambik kunci blok-blok untuk buka pintu aras yang berkunci tu..

Dah ambik kunci keluar pejabat aku cakap kat felo lagi seorang tu aku kena macam tu.. Dia pun takut terkejut! Tapi kami tetap teruskan langkah untuk naik bilik dekat blok B tu. Sampai-sampai kami bagi salam dekat aras tu then buka bilik tu banyak kali kami bagi salam..

Then kami ambik gambar ni! Sebagai bukti! Lepas tu felo lagi seorang tu cakap kami datang saja nak tengok kenapa berlampu.. Itu je bukan nak kacau tempat awak ke apa.. Then kami tutup lampu then keluar.. Sambil cakap ‘jangan bazir ye..’.

Then aku terus cakap pada felo lagi seorang yang aku nak ambik kunci blok D sebab taknak lalu ikut laluan belakang dan nak lalu ikut jalan blok (dalam aras student).

Tak pasal-pasal, bunyi tangisan misteri itu kedengaran lagi sekali.

Gambar: Twitter

 

Gambar: Twitter

Aku pun duduklah senyap-senyap, lama-lama aku dengar bunyi yang sama tapi slow-slow dekat situ pulak!

Gambar: Twitter

Nak taknak terpaksa mereka ‘redah’ balik bilik tu keesokan harinya.

Dan agak mengejutkan, rupa-rupanya bunyi tangisan itu sudah beberapa kali turut pernah didengari oleh staf lain sebelum ini.

Gambar: Twitter

Nampak gaya, cerita ini seperti masih belum tamat kerana individu yang hantar direct message (DM) ke inbox nya itu masih belum diketahui lagi apa yang dikongsikannya.

Sama-sama kita nantikan, apakah yang diberitahu individu berkenaan kepada Danesh.

Segalanya, misteri..

Sumber: Danesh Raj Nagarajan Drn

Denin

Menulis untuk mendidik.

Dari Wiser.my