Siakap Keli
Kredit: Google

Kerap Minum Air Bergas Dari Kecil, Doktor Dedah Pesakit 28 Tahun ‘Hilang Kaki’ Akibat Diabetes

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Diabetes merupakan satu penyakit kronik yang membuatkan pesakit menderita dalam jangka masa yang panjang. Dari dialisis hinggalah pemotongan kaki, penyakit ini boleh membuatkan seseorang individu mengalami komplikasi yang lebih teruk jika terkena sesuatu pesakit berbanding mereka yang bebas diabetes.

Sebagai contoh, pesakit COVID-19 yang mempunyai penyakit kronik termasuk kencing manis dipercayai berisiko mendapat komplikasi yang lebih teruk. Selain itu, wanita hamil yang mempunyai diabetes juga perlu lebih berwaspada ketika kehamilan bagi mengelakkan risiko masalah lain.

Diabetes boleh terjadi sama ada secara keturunan atau mengamalkan gaya hidup yang salah. Baru-baru ini, seorang doktor, Dr Nimelesh berkongsi kisah seorang pesakit diabetes kronik yang baru berusia 28 tahun. Gara-gara kerap mengambil minuman manis, kaki pesakit itu kini terpaksa dipotong.

Kawan sekolah kena cucuk insulin hari-hari

Kawan meninggal dunia umur 26, abang hilang penglihatan sebab diabetes

Sumber: Nimelesh

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.