Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Lelaki Failkan Saman Terhadap Bekas Syarikatnya Kerana Dapat Kerja ‘Membosankan’

Sebuah syarikat minyak wangi Perancis telah diarahkan untuk membayar sebanyak €40,000 (RM191,835) oleh pihak mahkamah kepada seorang bekas pekerjanya kerana didakwa memberi pekerjaan yang membosankan sehingga dia tertekan dan akhirnya berhenti kerja.

Dalam kes yang dipercayai sebagai kes pertama seumpama itu pernah berlaku di Perancis, Frederic Desnard yang berasal daripada Paris, telah bertindak memfailkan saman ke atas sebuah syarikat minyak wangi mewah yang merupakan bekas majikannya.

Mahkamah rayuan Paris menyatakan bahawa Desnard telah menderita daripada bore out, dimana secara teknikalnya adalah bertentangan dengan burnout, yang membawa maksud pekerja terlebih bekerja.

Desnard mula mengemukakan aduan itu kepada jabatan berkaitan buruh dengan menyatakan bahawa kerja yang ditugaskan oleh syarikatnya telah menukarkannya menjadi “professional zombie”.

Desnard menyatakan bahawa dia telah diarahkan untuk tidak berbuat apa-apa kecuali tugas-tugas merepek selama empat tahun.

Menurut Le Monde, Desnard telah diserang epilepsi pada 2014 ketika dia sedang memandu keretanya, sehingga menyebabkan kemalangan dan menyalahkan bore out itu akibat terkesan daripada pekerjaannya.

Menurut laman web staffing industry, Desnard mendakwa bahawa kerja yang ditugaskannya agak merepek antaranya ialah, set up tablet baharu CEO syarikatnya serta mengiringi tukang paip ke rumah bosnya.

Walau bagaimanapun, syarikat minyak wangi tersebut telah bertindak mempertahankan dirinya dan menyatakan bahawa dalam tempoh empat tahun itu, Desnard tidak pernah mempersoalkan tentang kebosanannya.

Selepas sahaja dia kemalangan, Desnard telah mengambil cuti sakit dan akhirnya berhenti kerja pada 2014.

Minggu lalu, France Info telah melaporkan bahawa Mahkamah Rayuan Paris memutuskan bahawa bore out adalah salah satu bentuk gangguan moral.

Sumber: staffingfindustry.com

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.