Siakap Keli
bebas COVID-19
Kredit: Bernama

Malaysia Akan Diisytihar Bebas COVID-19 Jika Tiada Kes Dalam Tempoh 28 Hari – KP Kesihatan

Putrajaya, 11 Jun- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia akan diisytihar bebas COVID-19 setelah 28 hari tiada kes.

Katanya, cara tersebut telah digunakan sebagai kayu ukur untuk menamatkan pemantauan terhadap kluster-kluster sebelum ini.

“Kalau kita tamatkan sesuatu kluster, kita memakan masa tempoh 28 hari pemantauan iaitu dua kitaran inkubasi.

“Jadi kalau kita guna pakai tempoh pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari, bermaksud kalau kita tiada kes dalam tempoh 28 hari, kita akan isytiharkan bebas daripada COVID-19.

“Itulah yang kita guna pakai sebagai penanda aras,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau ditanya sama ada Malaysia akan mengguna pakai tempoh 14 hari sifar kes sebagai penanda aras negara bebas COVID-19 atau mengambil tempoh yang lebih lama untuk mengesahkan status bebas COVID-19 di negara ini.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan daripada wabak COVID-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos akan datang.

Dapatkan produk tisu basah basmi virus Alcosm DISINI, guna kod promosi STAYSAFEMY dan nikmati diskaun RM 20 dengan pembelian minima RM 100.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.