Siakap Keli
saringan bas ekspres
Kredit: Bernama

Penumpang Bas Ekspres Akan Diperiksa Suhu, Perlu Lengkapkan Maklumat Di ‘App’ MySejahtera Untuk ”Contact Tracing” – KKM

Putrajaya, 11 Jun – Penumpang bas akan menjalani pemeriksaan suhu dan melengkapkan maklumat diri untuk pengesanan kontak sebelum menaiki bas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, saringan dan maklumat tersebut penting untuk mengetahui individu yang duduk di sebelah ketika menaiki bas.

Maklumat tersebut perlu dikemaskini menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Kesemua penumpang akan diperiksa suhu dan perlu melengkapkan maklumat untuk contact tracing mengguna aplikasi MySejahtera. Asasnya, tiada kesesakan dalam bas ekspres dan kapal terbang,” tulis KKM.

Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kebenaran untuk pengusaha bas ekspres untuk membawa penumpang dengan kapasiti maksimum.

Ucapan mengenai perkara ini bermula pada minit 25:45.

Dapatkan produk tisu basah basmi virus Alcosm DISINI, guna kod promosi STAYSAFEMY dan nikmati diskaun RM 20 dengan pembelian minima RM 100.

Sumber: KKM, RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.