Siakap Keli

Rimas Peti Ais Bersepah? Ini Cara Mudah Nak Buat Peti Ais Nampak Kemas Dan Teratur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hujung minggu merupakan waktu yang terbaik terutamanya bagi mak-mak yang ingin meluangkan masa untuk membersihkan dan menyusun atur barang yang ada dalam peti ais di rumah.

Peti ais yang bersih dan kemas sudah tentu dapat memudahkan urusan memasak. Kerana jika susun atur kemas mudah untuk kita mencari bahan-bahan masakan.

Tambahan pula, apabila barang disusun dengan rapi sudah tentu akan memberi pengudaraan yang baik sehingga dapat membantu mengekalkan kesegaran bahan.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook Hani Mynis, beliau berkongsi mengenai tips pengurusan peti ais yang beliau praktikkan dirumahnya. Tidak salah jika mak-mak turut mencuba cara ini di rumah sendiri.

Berikut antara perkongsian beliau:

#kemasrumahwithhani : pengurusan peti ais 
Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.
Tips nak peti ais nampak kemas dan bersih:
.
Boleh pasang lapik kat setiap shelf.
Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik2 semua. Hani dari 3 4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ). Lagi pulak hani suka tukar2 style kejap corak bunga2 kejap corak lain. Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah2 dan area belakang2.
Bekas penyimpanan: 
pilih satu @ dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dr segi visual)
Pengkhususan setiap shelf:
buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok)
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Happy organising 
Dapatkan bekas-bekas simpanan di SINI
Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampk lebih kemas.
Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampai ke bawah
Dapatkan bekas-bekas simpanan di SINI
Shelf pertama (paste) : untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
Shelf kedua (today) : ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi2 atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.
Shelf kedua (leftover) : ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas
bahagian pintu peti ais:
Dapatkan bekas-bekas simpanan di SINI
 shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade
shelf kedua : letak pes2 lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk
shelf ketiga : air minuman
shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis
Pengurusan peti ais yang betul untuk bahan-bahan:

SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada te
rtulis “refrigerate after opening”.

Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.

SUSU

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin2 sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang

Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhu nya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak

TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul

Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais
lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)

jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak

simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp panas sekejap sejuk

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.

kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais

jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh

UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sangatt sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nanti hani update.

Update: kalau ubat antibiotik selalu hospital/klinik bagi yang dalam bentuk serbuk, kita balik rumah kena bancuh sendiri kan? Ya, yang ubat tu sahaja boleh simpan dalam peti ais (seeloknya kat bahagian dalam peti bukan kat pintu). Kemudian, ubat antibiotik tu kena makan/habiskan dalam tempoh tertentu, contohnya 5 hari, selepas 5 hari kalau ubat tu tak habis, kena buang ya, tak perlu simpan sampai anak tak sihat next time pulak sorry lambat update yang ni, ingat nak masuk sekali dalam post pengurusan ubat nanti , tapi since ramai yang keliru dengan ubat antibiotik dan dengan ubat yang lain, hani update kat sini ya. Apa2 pun, please please read the label

Semoga perkongsian bermanfaat

Nor Azilah