Siakap Keli
Kredit: Google

Rogol Ketika Mabuk, Siapa Yang Salah? Ini Jawapan Dari Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Minuman beralkohol mengganggu fungsi kognitif peminumnya, membuatkan mereka tidak dapat berfikir dalam keadaan baik.

Bila kewarasan dah hilang, pelbagai perkara boleh terjadi sama ada kemalangan ataupun menjadi mangsa jenayah seperti rogol.

Rogol merupakan salah satu jenayah yang berat dan memerlukan pembuktian yang kukuh. Jika tersilap langkah, silap hari bulan mangsa yang terpaksa menerima akibat dan dikenakan tindakan undang-undang. Biar betul?

“Rogol ketika mabuk, siapa yang salah ni?”

Tanpa membuang masa, jom baca perkongsian seorang peguam, Hafidzah Hassan di laman Twitter miliknya.

Jika mangsa mabuk, bermakna persetubuhan berlaku secara tidak rela

Ujar Hafidzah, jika seorang wanita berada dalam keadaan mabuk ketika berlaku persetubuhan, ia diklasifikasikan sebagai rogol kerana ia berlaku tanpa rela. Jelasnya, perogol bersalah kerana melakukan persetubuhan tanpa kerelaan wanita tersebut.

Bagi remaja berusia 16 tahun ke bawah pula, persetubuhan dengan kerelaan tetap diklasifikasikan sebagai jenayah rogol, katanya.

Guna saluran betul, elak mangsa ‘dipersalah’

Tambahnya, mangsa perlu menggunakan saluran yang betul untuk menegakkan keadilan. Hal ini kerana tindakan menceritakan di Internet mungkin boleh menyebabkan mangsa dikenakan tindakan sivil jika tiada pembuktian atau cerita tersebut tidak benar.

Jangan mandi, terus ke balai

Justeru, mangsa perlu mengikut prosedur sepatutnya bagi memelihara bukti dan memastikan keadilan dapat ditegakkan sekaligus mengelakkan mangsa daripada terjerat dalam dilema.

Sumber: Hafidzah Hassan (Instagram/Facebook/Twitter)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.