Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Perkhidmatan E-Hailing Dan Teksi Boleh Ambil Penumpang Ikut Kapasiti – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perkhidmatan e-hailing dan teksi dibenarkan beroperasi tanpa had masa.

Menurutnya, kapasiti penumpang bagi kenderaan tersebut juga dibenarkan mengikut jumlah kapasiti yang terdapat pada sesebuah kenderaan itu.

“Kalau dulu untuk e-hailing dan teksi hanya dibenarkan dua orang sahaja dan beroperasi sehingga pukul 10 malam. Jadi sekarang ni kita benarkan tanpa had masa.

Dan kapasiti bukan dua lagi, mungkin boleh tambah satu lagi di depan atau pun kalau menggunakan kenderaan berkapasiti enam atau tujuh penumpang mereka boleh mengambil mengikut kapasiti tempat duduk”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa