Siakap Keli

Tingkatkan Risiko Lambat Bercakap, Ini Sebab Kanak-Kanak 2 Tahun Ke Bawah Tak Boleh Guna Gajet & Tonton TV

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi trend masa kini apabila anak-anak kecik ‘disuap’ dengan gajet untuk memastikan mereka tidak meragam. Paling membimbangkan adalah bayi seawal usia kurang daripada dua tahun turut didedahkan dengan penggunaan gajet.

Walaupun kita tahu kewujudan gajet seperti telefon pintar banyak memberikan kebaikan untuk kegunaan harian tetapi pastinya ia membawa keburukan kepada minda mereka sekiranya penggunaan tidak dikawal sepenuhnya.

Jadi, untuk kepastian, hari ini SK ingin berkongsi penjelasan daripada seorang doktor yang agak popular di media sosial iaitu Dr Nimelesh tentang penggunaan gajet untuk bayi yang berusia bawah daripada 2 tahun serta kesan negatif kepada mereka.\

Katanya, untuk setiap 30 minit penggunaan, risiko untuk masalah lambat bercakap meningkat sebanyak 49%. Kalau 18 bulan ke atas nak tengok pun, kena pilih cerita yang educational macam “Sesame Street” dan ibu bapa tonton sekali sambil bercakap dengan anak. Jangan biar tengok lama sangat.

Untuk yang berusia 2 hingga 5 tahun, masa pengguna gajet tidak boleh melebihi 1 jam sehari dan elak waktu malam.

Sebaliknya, rajin membaca dengan anak. Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan di mana mereka selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan dan sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.

“Paling penting jangan paksa habiskan satu buku . Make it fun untuk mereka supaya mereka tak bosan”

Gambar Sekadar Hiasan

Aktiviti membaca untuk bayi mempunyai manfaat jangka masa panjang yang dapat dilihat dalam tempoh 4 tahun, iaitu sekitar tempoh apabila mereka mula bersekolah. Anak-anak ini lebih cepat mengenal huruf, membaca dan ada yang mampu menulis seawal usia 4 tahun.

 

Sumber: Dr Nimelesh

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)