Siakap Keli

(Video) Kaki Anak Singa Dipercayai ‘Dipatahkan’ Supaya Pelancong Mudah Ambil Gambar?

Kejadian berlaku di mana seseorang didakwa dengan sengaja telah mematahkan kaki belakang seekor singa betina sehingga dia tidak dapat melarikan diri ketika diminta untuk bergambar dengan pelancong di pantai Rusia, lapor Daily Mail.

Vladimir Putin sangat terkejut sehingga dia secara peribadi memerintahkan untuk melakukan siasatan jenayah terhadap kekejaman yang dialami anak singa berkenaan. Menurut Daily Mail, anak singa itu baru berusia beberapa minggu ketika dia ‘dirampas’ dari ibunya dan dipaksa untuk bergambar dengan pelancong.

Gambar: Daily Mail

Tambah laporan itu, selepas diekploitasi pada musim panas lalu, pelaku didakwa telah mematahkan kaki anak singa itu untuk menghalangnya melarikan diri ketika dia semakin besar dan tua. Lebih parah lagi, kesihatan anak singa berkenaan semakin merosot ketika dia diseksa dan dipukul. Kerana mengalami kecederaan yang parah pada bahagian tulang belakang membuatkannya hampir mati, kata laporan tempatan.

Haiwan malang itu telah dibiarkan kelaparan dan tidak dapat bergerak. Dia dilaporkan telah diikat di kawasan yang kotor dan sejuk di Wilayah Dagestan Rusia. Video yang sangat menyedihkan, telah menunjukkan anak singa yang tidak berdaya sebelum menjalani pembedahan menyelamatkan nyawa.

Anak singa yang lemah dan kurus itu menjilat kaki dan menangis kesakitan ketika dia berjuang untuk membersihkan diri dan ‘memegang’ belakang kakinya. Penyelamat singa berkata, “Dia tidak diberi makan dengan beberapa alasan dan air sejuk terus menerus disimbah kepadanya. Itu adalah neraka yang nyata”.

Anak singa itu mengalami luka tekanan, penyumbatan usus dan otot yang lemah pada anggota belakangnya. Penyelamat telah membawanya kepada doktor haiwan. Seorang jurugambar yang didakwa telah mematahkan tulang singa sehingga menjadi begitu menyebabkan singa itu tidak dapat melarikan diri dan bersikap tenang untuk bergambar bersama pelancong.

Walau bagaimanapun, jurugambar yang dikaitkan dengan perbuatan itu menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa dia telah menyerahkan anak itu kepada pemilik baru.

Gambar: Daily Mail

Walaupun nyawa anak singa itu telah diselamatkan, dia telah mengalami cacat kekal. Pemimpin kremlin berjanji untuk meminta penguatkuasaan undang-undang untuk bertindak terhadap penyiksa haiwan berkenaan. Doktor haiwan mengatakan pemulihan singa itu adalah satu ‘keajaiban’.

Sumber: www.dailymail.co.uk

 

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa