Siakap Keli
Gambar: Youtube

(Video) Klip Pertama Dimuat Naik Ke Youtube Dan Lelaki Ini Yang Perlu Dikenali Para ‘Youtuber’

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Youtube sememangnya menjadi aplikasi antara yang mendapat perhatian di seluruh dunia.

Pun begitu, tidak semua mengetahui mengenai video pertama yang dimuat naik di dalam aplikasi tersebut.

Berbalik kepada 15 tahun yang lalu, terdapat satu video yang memaparkan seorang lelaki di sebuah zoo dan apa yang lebih menarik adalah ia merupakan video pertama yang dimuat naik di Youtube.

Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga merupakan salah seorang pengasas bersama Youtube yang dikenali sebagai Jawed Karim.

Video berdurasi 18 saat itu bertajuk ‘Me at the zoo’ sambil berdiri di hadapan beberapa ekor gajah di Zoo San Diego.

Video berkualiti rendah itu disiarkan di Youtube sebulan sebelum platform awam itu dilancarkan secara rasmi pada November 2005.

Karim meninggalkan syarikat itu pada tahun 2005 untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer di Universiti Stanford.

Namun, apabila Google memperolehi Youtube pada tahun 2006, Karim mendapat sebanyak 137, 443 saham di syarikat itu yang bernilai kira-kira 64 juta.

Beliau kemudian menemui syarikat modal teroka Youniversity Ventures yang telah melabur dalam syarikat termasuk Airbnb.

Sumber: Business Insider

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa