Siakap Keli
Kredit: Wan Chiang

(Video) “Memang Ada, Duk Tunduk Je”, Lelaki Cemas Ada ‘Benda’ Tumpang Kereta Tengah-Tengah Malam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kata orang, kalau bertemu hantu, jangan terlalu takut. Lagi kita takut, lagi seronoklah ia menyakat. Bagi mereka yang pernah ‘diganggu’, pasti faham bagaimana perasaannya ketika berhadapan dengan makhluk halus ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Wan Chiang berkongsi sebuah video ketika kenderaannya ditumpang sesuatu. Menurutnya, dia berada dalam perjalanan lewat malam ke Teluk Intan atas urusan bekerja ketika kejadian berlaku pada awal minggu ini.

Berikut adalah perkongsiannya.

Salam… Sekadar nak kongsi pengalaman yang baru je berlaku tadi. Saya seorang yang kerja ulang alik dari Ipoh-Teluk Intan. Setiap hari Ahad akan gerak bertolak balik dalam pukul 1 am atau 2 am sebab tunggu anak lena tido baru gerak. Tak sampai hati nak tinggal anak dia tengah berjaga.

Jadi macam harini (8 Jun), cuti umum. Tu balik Isnin. Malam Selasa. Macam biasa. Pukul 12 lebih tadi bertolak.

Ada tetamu yang tak diundang pulak menumpang dah separuh jalan tu. Nasib baik la dah dekat nak sampai. Yang aku perasan mula-mula bau hanyir kuat sangat tiba-tiba. Aku ingatkan bau sawit sebab tepi jalan memang penuh sawit kiri kanan.

Siapa yang pernah lalu jalan dari Kampar nak ke Teluk Intan tahu la. Dengan gelapnya. Jalan beralun-alun. Dengan PKP ni memang tak banyak kereta atas jalan masa-masa macam ni.

Masa lepas Kampar tu dekat kawasan Tanjung Keramat aku tengok papan tanda tadi. Aku saja tengok cermin belakang. Kuajaq betoi la! Memang ada dia duduk kat belakang. Tunduk je. Tapi tak nampak muka dia.

Nasib baik la tak nampak pun. Kalau nampak mau kemalangan aku. Tapi tu la, aku ni nak kata selalu tu tak la. Tapi pernah. Dan aku selalu dengar.

Kalau jumpa jangan takut. Maki je. Nanti blah la dia.. Jadi tu yang aku buat. Tapi tak makan saman. Dia buat tenang tunduk. Tertidur ke apa aku tak tau la. Haha. Sumpah. Dalam berani-berani aku. Tak berani mana. Takut jugak sebenarnya.

Tapi nak tak nak beranikan diri. Sebab niat aku nak mencari rezeki untuk anak bini. Aku yakin Allah akan melindungi aku. Jadi aku kuatkan semangat teruskan perjalanan.

Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah takde apa-apa yang buruk berlaku. Benda tu pun. Sebelum sampai kawasan Kg B****** tempat-tempat terang tu aku tengok dia takde dah. Jadi aku pun tenang la.. Harap-harap dia tak kacau aku dah la..

Dah tolong bagi tumpang, sekali cukup la. Tak lalu aku. Kalau tong-tong minyak takpe la jugak kan.. hahaha.

Sekadar berkongsi pengalaman. Nak percaya, percaya. Tak nak percaya, terpulang. Mohon jangan kecam la ye.. Niat sekadar berkongsi pengalaman. Terima kasih kerana membaca semua.

Kredit: Wan Chiang

Sumber: Wan Chiang

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.