Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Rakaman Mendebarkan 4 Budak ‘Bermain’ Atas Bumbung Bangunan 32 Tingkat

Satu rakaman di China memaparkan empat orang kanak-kanak sedang bermain dengan santai di atas sebuah bumbung segitiga bangunan kediaman 32 tingkat.

Rakaman yang mendebarkan itu menunjukkan dua daripada kanak-kanak itu cuba ‘meluncur’ turun dari permukaan sementara yang lain memegang satu batang kilat bangunan untuk mengekalkan keseimbangan.

Gambar: Daily Mail

Menurut pemerintah tempatan, mereka telah memanjat ke atas bumbung yang tinggi itu melalui pintu keluar kecemasan.

Semua kanak-kanak itu dikatakan berusia sekitar sepuluh tahun dan disahkan tiada kemalangan berlaku serta kecederaan akibat dari insiden mendebarkan itu.

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu di sebuah kompleks perumahan di Zunyi, Wilayah Guizhou di tenggara China.

Gambar: Daily Mail

Adegan itu dirakam oleh seorang jiran yang berkongsi rakaman itu ke dalam media sosial.

Pihak berkuasa tidak menyatakan ketinggian bangunan itu tetapi menganggarkan bahawa ia berukuran hampir 100 meter (328 kaki).

Gambar: BERNAMA

Keempat-empat kanak-kanak itu menghabiskan waktu lebih dari dua puluh minit di sana tanpa pengawasan

Pejabat pengurusan kompaun mengatakan bahawa mereka segera melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa