Siakap Keli

(Video) Wajah Nampak ‘Kosong’, Kucing Seolah-Olah Alami Kemurungan Teruk Selepas Kematian Anak Pra-Matang

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang sering dipilih manusia untuk dijadikan sebagai pendamping. Bagi pecinta haiwan, kucing mungkin adalah terapi yang mampu menggembirakan hati yang dalam kekusutan ataupun ‘lemau’ dengan masalah dunia, misalnya masalah kerja.

Begitupun, ramai mungkin terlupa kucing juga adalah makhluk bernyawa yang turut mempunyai perasaan tersendiri.

Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna facebook, Mona Liza Cat Home mengenai keadaan kucingnya yang dipercayai mengalami kemurungan atau depresi selepas kehilangan anak-anak akibat kelahiran pra-matang.

Menurutnya, keadaan itu sudah pun berlarutan dalam tempoh sebulan. Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan oleh beliau, wajah kucing berkenaan kelihatan ‘kosong’, persis manusia yang kehilangan orang tersayang.

Kata Mona Liza Cat Home lagi, kucing bewarna putih itu turut kehilangan selera makan selain turut mengabaikan kebersihan bulu badannya.

Kucing itu juga dikatakan tidak lagi gemar bermain, ataupun aktif seperti sebelum kehilangan anak-anak tersebut.

Namun setelah pelbagai usaha yang dibuat, selain turut mendapatkan nasihat daripada pakar, kucing itu dilaporkan semakin pulih dan perlahan-lahan mendapatkan ‘keceriaannya’ kembali.

Posted by Mona Liza Cat Home on Sunday, June 7, 2020

Sumber: Mona Liza Cat Home

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.