Siakap Keli
Gambar: PDRM

Cedera Dilanggar Kenderaan, Abang Polis Selamatkan Anjing Tersadai Di Lebuhraya Raih Pujian Ramai

Sebagai manusia, kita dituntut supaya berbuat baik dengan setiap makhluk yang hidup berkongsi kehidupan di dunia ini bersama dengan kita.

Ianya termasuklah haiwan. Haiwan sememangnya tidak boleh bercakap mahu pun menunjukkan emosinya kepada manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang sama sebagaimana manusia. Mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan seperti kita.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota polis trafik yang sedang melakukan tugasan harian telah terserempak dengan seekor anjing yang tercedera dilanggar di tengah-tengah Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur.

Atas keprihatinan pegawai polis tersebut, mereka telah merisikokan nyawa mereka menyelamatkan anjing berkenaan daripada dilanggar sambil memastikan laluan trafik lancar untuk pengguna jalan raya yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian itu seperti berikut:

PIC OF THE DAY: SETIAP MAKHLUK CIPTAAN TUHAN ADALAH BERHARGA

Setiap makhluk yang wujud di muka bumi ini amat berharga, sama-samalah kita berbuat baik dan menyayangi antara satu sama lain kerana setiap yang bernyawa berhak menikmati hidup dengan aman dan selesa.

Terima kasih kepada anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor kerana telah menyelamatkan seekor anjing yang cedera dilanggar oleh kenderaan di kilometer 13.8 Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Walaupun sibuk dalam memastikan laluan trafik di Kuala Lumpur berjalan lancar, bantuan tetap diberikan kepada anjing berkenaan demi memastikan ia selamat dan kembali berjalan semula.

Tindakan mulia anggota polis tersebut telah meraih pujian daripada warganet yang terdiri daripada pelbagai bangsa atas keprihatinan mereka terhadap nasib anjing malang berkenaan.

Sumber: PDRM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa