Siakap Keli

Dua Kes Baharu Dikesan Selepas Dua Bulan Sifar Jangkitan, Beijing Tunda Pembukaan Sekolah Rendah

Sesi persekolahan peringkat rendah di Beijing, China terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat dua kes baharu COVID-19 dikesan di sana selepas dua bulan bebas daripada sebarang jangkitan.

Suruhanjaya pendidikan bandar berkata, pihaknya telah membatalkan semua kelas pengajian tahap satu, dua dan tiga yang sepatutnya dibuka pada Isnin ini, melibatkan kira-kira 520,000 pelajar, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, pelajar yang telah kembali ke sekolah akan meneruskan pengajian mereka seperti biasa, tetapi dengan pengawasan kesihatan yang ketat.

Difahamkan, kali terakhir kes jangkitan baharu dikesan di bandar itu adalah pada pertengahan April lalu.

Dua kes dikesan setelah dua bulan bebas jangkitan

Pemerintah bandar Beijing melaporkan pada Jumaat (hari ini), terdapat dua kes baharu jangkitan COVID-19 yang dikesan setelah bandar itu bebas dari kes baharu sejak dua bulan lalu.

Memetik laporan Channel News Asia, kedua-dua kes itu melibatkan dua orang lelaki yang bekerja di fasiliti yang sama iaitu di China Meat Comprehensive Research Centre, bertugas mengendalikan kajian mengenai pemprosesan daging.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka baru sahaja kembali dari Qingdao, timur China pada dua minggu lepas.

Ekoran kes tersebut, pasar borong daging Xinfadi di Beijing dan pasar makanan laut di Jingshen telah ditutup untuk tujuan disinfeksi, serta sampel persekitaran turut diambil setelah didapati kawasan itu pernah dikunjungi kedua-dua individu berkenaan.

Punca jangkitan belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

Sumber: Channel News Asia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.