Lengkap memakai gaun dan topi graduasi, para pelajar bersama keluarga menaiki kereta ke sekolah di Bengaluru, India untuk menerima sijil graduasi mereka.
Oleh kerana keadaan negara yang diancam penularan wabak COVID-19, semua acara yang melibatkan himpunan ramai dielakkan dan dibatalkan.
Namun, Sekolah Antarbangsa Kanada di Bengeluru mempunyai idea yang menarik demi meraikan pelajar mereka dengan mengadakan majlis konvokesyen secara pandu lalu.
Melalui posting terbaru yang tular di laman Facebook sekolah itu “Hari ini, Canada International School (CIS) mengadakan majlis konvokesyen pandu lalu buat pertama kali! Graduan dan ibu bapa memandu di padang bola sekolah dan guru-guru bersorak apabila graduan menerima sijil mereka,”
Today, CIS held Bangalore's first drive-through graduation ceremony! Graduates and their parents drove around our…
Posted by Canadian International School on Friday, June 5, 2020
Tambah mereka “We’ll find a way or make one” merupakan tema graduasi sekolah itu pada tahun ini yang diinspirasikan dari idea konvo pandu lalu.
Bersama-sama dengan posting terbaru mereka, sekolah itu juga berkongsi momen-momen kegembiraan pelajar mereka mengakhiri persekolahan walaupun tidak naik pentas seperti majlis konvo sebelum ini.
Sumber: Canadian International School