Siakap Keli
Gambar: Bernama

Gerai Makan di R&R Dibenarkan Beroperasi Dari Jam 6 Pagi Hingga 12 Tengah Malam – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  memaklumkan bahawa gerai-gerai makan R&R dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Menurutnya, gerai-gerai makan yang terdapat di R&R boleh beroperasi daripada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

“Gerai-gerai makan R&R kita benarkan beroperasi setiap hari, dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam bagi kemudahan pengunjung-pengunjung”, ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan berkunjung ke RNR untuk berehat supaya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan.

“Orang ramai diminta untuk mematuhi setiap SOP R&R yang telah pun ditetapkan dan juga mengamalkan disiplin diri apabila berada di R&R”, tegasnya.

Sumber: Bernama TV 

Aqmal Ezany

I write what is right