Siakap Keli
lampu isyarat
Kredit: Fiq

Hairan Kenapa Lampu Isyarat ‘Skip’ Giliran Anda? Juruteknik Ini Dedah Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak anda menghadapi situasi bila lampu isyarat tak bertukar hijau walaupun sudah sampai giliran anda? Sebaliknya, lampu isyarat terus merah dan membuatkan anda terpaksa menunggu pusingan seterusnya.

Tahukah anda, sebenarnya ada penjelasan di sebalik situasi ini. Untuk memahami lebih lanjut bagaimana lampu isyarat berfungsi dan mengapa ia melangkau giliran anda, jom baca penjelasan seorang juruteknik lampu isyarat bernama Afiq di Twitter.

“Disebabkan aku kerja lampu isyarat, korang nak tak aku cerita kenapa kadang-kadang patutnya giliran kau hijau, tapi ia skip giliran kau, bagi orang lain jalan dulu?”

Menurut Afiq, lampu isyarat mengesan kehadiran kenderaan melalui alat pengesan, loop sensor. Pengesan ini akan mengesan kewujudan kenderaan dan menghantar isyarat kepada lampu isyarat untuk bertukar warna.

Kabel di bawah tar

Tambahnya, alat pengesan tersebut terbina daripada kabel yang diletakkan di bawah turapan tar.

lupa nak bagitahu, loop sensor ni kan ada tempat yg dia dah tenggelam dengan turapan jalan baru. sbb tu tak nampak. kdg detect kadang tak. loop sensor yg betul2 atas pmukaan jalan kalau motor lalu pun dh detect. kalau tak detect gak tu maksudnya loop sensor tu kurang baik

— fiq (@thegxmer20) June 11, 2020

Fungsi pendekkan masa atau skip jalan yang tiada kenderaan

Ujar Afiq, alat pengesan pada lampu isyarat ini berfungsi untuk melangkau (skip) giliran atau memendekkan masa jalan yang tiada kenderaan.

Kalau lampu rosak, laporkan pada majlis perbandaran atau Jabatan Kerja Raya (JKR)

Jelasnya, lampu kuning berkelip menandakan berlakunya kerosakan pada lampu isyarat. Justeru, orang ramai perlu melaporkan kerosakan tersebut kepada pihak berwajib untuk memperbaikinya agar kemalangan dapat dielakkan.

Sumber: Fiq

Amira

Love yourself.