Siakap Keli
FOTO: Azfar Ahmad

Hanya Modal RM 5, Lelaki Ini Ajar Baiki Kipas Siling Yang Dah ‘Slow’ Tak Sampai 20 Minit

PERINGATAN: Berhati-hati ketika membaikki peralatan elektrik dan anda perlu mempunyai pengetahuan untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini

Siapa yang tidak stress kalau kipas siling rumah semakin hari semakin perlahan walaupun sudah buka kelajuan yang laju tetap rasa macam nombor 1. Selalunya, kalau kipas siling bergerak perlahan itu tandanya habuk melekat tetapi bila dah bersihkan, ia tetap seperti biasa.

Nak tukar baru tetapi rasanya kipas baru saja pasang tak sampai setahun dua, jadinya korang hanya perlu menukar kapasitor saja.

Jadi, untuk memudahkan kerja korang, hari ini SK ingin berkongsi tips daripada Azfar Ahmad yang memerlukan kos RM 5 sahaja untuk baiki kipas siling yang ‘slow’ sendiri.

Kipas ni kalau slow kebiasaanya disebabkan capacitor. Ni antara capacitor yang selalu digunakan.

Apa beza dua ni ? biasanya capacitor belah kanan ni untuk kipas yang pakai remote control, yang kiri pulak jenis kipas lama yang suis speed control melekat kat dinding.

Harga sebijik biasanya tak lebih RM 5

Dapatkan kapasitor kipas di SINI

Capacitor ni senang je korang nak beli, harga sebijik biasanya tak lebih RM 5. Capacitor ni banyak jenis, korang nak senang pi beli kat hardware bagitau je model dan brand kipas. Lagi mudah korang ambk gambr kipas tu tunjuk ke tokey. Nak cari kat shoppe pon ada, tapi kena pandai cari.

Kenapa kena pandai cari ?

Capacitor ni banyak jenis, kang salah beli tak jalan pulak kipas tu. Nak beli capacitor ni kena tau dua benda, uF ( micro farad ) dan v ( voltage ). Jadi korang kena tau berapa nilai uF dan v capacitor kipas korang, dan cari value yang sama.

Dah beli capacitor, macam mana pulak nak tukar ? Kalau kipas aku capacitor dia melekat kat board. So korang kena solder je part mana yang nak tukar.

Dapatkan kapasitor kipas di SINI

Macam aku kata awal tadi, kipas jenis lama selalunya pakai capacitor jenis ni. So, kalau jenis ni nak mudah korang beli siap connector wire mcm gambar kanan ni. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.

Aku terangkan sikit macam mana nak buka kipas jenis ni. Korang pusing je casing ni arah lawan jam. Nanti dah buka casing tu akan nampak ada 3 skru, dan buka.

Dapatkan kipas siling di SINI

Bila dah buka skru tu, baru korang jumpa board. Sebelum korang buka board ni, pastikan cabut dulu wire connector. Lepastu apa lagi, korang boleh tukar capacitor baru macam aku bgtau tadi. Mudah kan ?

Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dulu. Harap korang faham la ya.

Sumber: Azfar Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)