Siakap Keli
Kredit: Bernama

Keputusan COVID-19 Positif Bagi Pesakit Yang Telah Sembuh Berpunca Daripada Virus Yang Telah Mati -KKM

Putrajaya, 12 Jun- Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan penemuan terbaru mengenai koronavirus yang menyebabkan COVID-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KKM mendapati pesakit COVID-19 yang telah disahkan pulih masih dikesan positif virus berkenaan.

“Berdasarkan pemantauan KKM dalam pengurusan pesakit COVID-19, ujian RT PCR COVID-19 bagi kebanyakan pesakit yang telah sembuh masih kekal menunjukkan keputusan yang positif dalam jangka masa panjang meskipun apabila mereka telah sembuh.

“Ujian RT PCR sememangnya sangat sensitif dalam mengesan kehadiran cebisan protein virus meskipun telah mati. Walaupun masih dikesan positif, mereka tidak bergejala, tidak jatuh sakit atau menyebarkan penyakit ini kepada keluarga terdekat

“Hasil ujian kultur yang dijalankan berulang-kali menunjukkan virus COVID-19 gagal dibiakkan.

“Justeru KKM telah membuat kesimpulan bahawa keputusan COVID-19 bagi pesakit yang telah sembuh adalah berpunca daripada virus atau fragmen virus yang telah mati.

Penemuan serupa juga ditemui di Korea, China, Singapura dan Jerman, katanya.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.