Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Kongsi Maklumat Bank Di Media Sosial Untuk Duit Raya ‘Online’, Polis Dedah Bahaya Bakal Menanti

Perbuatan berkongsikan maklumat bank seperti nombor akaun bank di media sosial telah hangat diperkatakan semenjak dua menjak ini.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh akaun rasmi Polis Diraja Malaysia, perbuatan tersebut boleh mengundang padah yang bakal ditanggung di kemudian hari.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian tersebut seperti berikut:

JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT BANK DI MEDIA SOSIAL UNTUK TERIMA DUIT RAYA “ONLINE”

Amalan memberi atau menerima duit raya secara dalam talian merupakan perkara baharu yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, selepas tahap kesedaran berkenaan jangkitan COVID-19 semakin meningkat.

Perkara itu amat digalakkan. Namun, kecuaian memaparkan nama dan nombor akaun bank di media sosial boleh mengundang masalah di kemudian hari.

Tahukah, hanya dengan maklumat yang dipaparkan itu boleh digunakan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan anda?

Anda mungkin akan dihubungi oleh individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai polis, bank, imigresen atau lain-lain pihak dengan menyatakan terdapat kesalahan tertentu yang memerlukan anda memindahkan wang dengan segera.

Ketahuilah, walaupun ia taktik ‘lapuk’, namun masih ramai yang menjadi mangsa setiap hari.

Nasihat kami, memadailah berkongsi maklumat tersebut secara peribadi sahaja. Tidak perlu dipaparkan secara umum yang kononnya untuk memudahkan si pemberi.

Sumber: PDRM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa