Siakap Keli

Tengok Pun Berselera, Tips Goreng Ikan Keli Elak Bengkok Dan Tak Melekat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau disebut mengenai masakan ikan keli, sudah pastinya hidangan goreng dan masak sambal yang sering menjadi bualan. Dengan kelembutan isinya dan beberapa bahagian yang rangup, pastinya boleh membuatkan ramai terliur.

Pun begitu, menggoreng ikan keli bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ikan tersebut boleh bengkok ataupun meringkuk.

Tak perlu risau, bagi suri rumah yang suka masak dan makan ikan keli tu boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Ayue Jalal di laman facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Semalam ada ternampak post “bagaimana nak elak goreng ikan keli badan nya tak bengkok?” soalan yang bagus sebenarnya

tapi kan…
amboi … komen lawak lawak semuanya ada komen yarabbiii macam takley bawa bincang.. boleh bawa bergaduh 😁 choiii..

oklah ini serious…
nak share sikit sebab hakak ni supply ikan keli goreng cili dekat cafe hampir setiap hari , masak sambil pejam mata aje tau..

tips nya:

1. pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau goreng bila mkn krap krup krap rangup! kalau yang besar sangat kureng sikit

2. tips nak ikan keli rangup dan tak melekat sesama sendiri bila goreng
**sebelum masuk kan ikan goreng kan dulu asam keping dalam 2,3 pcs, ia juga boleh mengelak kan dari MINYaK MELETUP & MELEKAT, kalau takut juga pakai lah HELMET
** lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan TEPUNG JAGUNG, bahan tepung jagung lah yang menyedap/merangupkan ikan

3. guna kuali yang besar, dan minyak yang banyak serta minyak kena betul2 panas

4. semasa goreng jangan terlalu ramai sangat letak keli tu, nanti lambat ikan nak masak sebab depa banyak “membawang” dlm tu, satu kuali dalam 4-5 ekor cukup susun bagi badan masing2 tegak lepas tu jerit kuat2
“kowang duduk diam2 kat situ!!”

5. jika ikan tu ada yang melekat sikit jangan lah ditarik terus acik oi , nanti isi2 ikan terkoyak sekali, guna lah gunting untuk memisahkan nya, baru cantik

yang membuat kan ikan tu goreng jadi bengkok adalah sebab

-ikan masih half beku lagi dah goreng
-kuali kecik nau….
-minyak tak panas,dah tak menyabo nak letak ikan, mcm lah ikan tu nak lari!
-atau ikan tu memang dilahirkan semulajadi oku mempunyai masalah tulang bengkok, siann tak dapatlah nak nolong…

ikut je tips ni pasti berjaya
kau jangan asyik nak bangkang
jangan durhaka, goreng ikan je pun!
sekian..

follow fb/ig mykitchen.fooddelivery

Imej mungkin mengandungi: makanan

Imej mungkin mengandungi: makanan

tips: kalau ikan banyak lendir, cuci ikan bersih2 lumur kan ikan dengan tepung gandum utk hilang kan lendir dan hanyir.. lepas tu bilas sikit br lah letak garam kunyit dan tepung jagung.
Imej mungkin mengandungi: makanan
cili kampung hijau + cili merah + bawang putih semua blend kasar
+ hirisan bawang.. campak campak je, tumis sampai naik miyak gula garam perasa, siap** kalau nak kurang kn pedas ganti cili merah tu kepada cili kering
sukatan semua agak2 aje
Sumber: Ayue Jalal

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa