Siakap Keli

TERKINI: Kerajaan Benarkan Penganjuran Mensyuarat, Seminar, Kursus Dan Latihan – Ismail Sabri

Kerajaan membuat keputusan untuk memberi kebenaran kepada penganjuran mensyuarat, seminar, kursus dan latihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkara ini sedang diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibentangkan kepada kerajaan Isnin ini.

”Mensyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai perlaksanaan PKP, telah bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada penganjuran mensyuarat, seminar, kursus dan latihan.

”Walaubagaimanapun, SOP mengenai ini sedang diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijangka mereka akan membentangkan kepada Mensyuarat Khas pada hari Isnin nanti untuk kelulusan dan saya akan umumkannya,” kata beliau.

Sumber: Sidang Media PKPP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.