Siakap Keli

TERKINI: Ujian Saringan Sahkan Warga Emas Meninggal Dunia Di Rumah Positif COVID-19

Kredit: Google

Putrajaya, 12 Jun – Satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini. Dalam sidang media Kementerian Kesihatan (KKM), pesakit disahkan meninggal dunia dan disahkan positif selepas ujian saringan dijalankan ke atasnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit wanita warga emas itu meninggal dunia di rumahnya pada hari ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 1 kes kematian COVID-19. Kumulatif kes kematian 119 kes, bersamaan 1.42 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke 119 iaitu kes 8370 merupakan perempuan warganegara berumur 85 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazahnya dibawa ke Hospital Keningau Sabah.

“Ujian saringan ke atas beliau didapati positif COVID-19.

“Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Menjawab pertanyaan wartawan, Dr Noor Hisham berkata, wanita berkenaan disahkan positif ketika prosedur standard saringan COVID-19.

“Menjadi prosedur operasi standard KKM, sebelum bedah siasat, kami jalankan ujian swab.

“Sebaik sahaja seseorang dibawa ke hospital, perkara pertama dilakukan adalah ujian swab dan menunggu keputusan dalam tempoh 24 jam. Jika keputusan positif, kami perlu ambil langkah berjaga-jaga. Jika tidak, staf kami akan terdedah kepada jangkitan.”

Hasil siasatan juga mendapati salah seorang keluarga mangsa positif virus berkenaan.

Sebelum ini, kajian mendapati virus COVID-19 turut ditemui pada permukaan kulit, organ dan bendalir badan pesakit yang telah meninggal dunia.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, June 12, 2020

Dapatkan produk tisu basah basmi virus Alcosm DISINI, guna kod promosi STAYSAFEMY dan nikmati diskaun RM 20 dengan pembelian minima RM 100.

Sumber: KKM

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.