Siakap Keli

(Video) “Canggih Gitu,” Irama Lagu ‘Birthday’ Dari ‘Superbike’ Tarik Perhatian

Hari jadi adalah satu hari yang sangat istimewa bagi seseorang. Siapa sahaja yang tidak pernah menyambut hari jadi. Lebih-lebih lagi apabila menyambutnya bersama keluarga atau rakan-rakan. Saat yang tidak akan dilupakan adalah ketika ramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi. Ia membuatkan kita diingati pada hari itu.

Seperti satu video yang dikongsikan dalam laman facebook Info Berita Semasa Dalam Dan Luar Negara, irama lagu selamat hari jadi didengari daripada deruman enjen motosikal berkuasa tinggi.  Irama lagu selamat hari jadi yang dihasilkan dari motosikal berkuasa tinggi ini sangat menarik perhatian.

“Ucapan selamat hari jadi pon pakai superbike, hahaha canggih gitu”

Irama lagu selamat hari jadi yang didengari daripada motosikal tersebut juga telah mendapat tepukan daripada hadirin yang ada di situ. Walaupun tiada ucapan yang keluar, namun irama tersebut boleh juga menyentuh hati seseorang yang mendengarnya pada ulang tahun kelahiran.

Sumber: Info Berita Semasa Dalam Dan Luar Negara

 

 

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa