Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan - The New Paper

Wanita Rugi RM168 Ribu Diperdaya Syarikat Pinjaman Wang Tidak Wujud – Polis

Kuantan: Seorang pekerja swasta di Bera, kira-kira 157 kilometer dari sini, membuat laporan polis mendakwa diperdaya syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud menyebabkan dirinya kerugian RM168,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 39 tahun itu mendakwa mempercayai iklan syarikat itu di laman sosial kerana memaparkan nama sebuah bank tempatan.

Katanya wanita itu dihubungi seorang lelaki beberapa jam selepas memberikan nombor telefon dan telah memberikan penerangan mengenai pinjaman dan kaedah bayaran balik sebelum mangsa bersetuju untuk meminjam RM230,000 atas urusan peribadi.

“Wanita itu telah diarahkan oleh tiga lelaki yang mendakwa pekerja syarikat itu memindahkan wang ke lima akaun berbeza atas alasan urusan pentadbiran bank yang bermula pada akhir Mei lepas sehingga Rabu lepas didakwanya membabitkan RM168,000,” katanya kepada pemberita di sini.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera apabila menyedari dirinya ditipu, katanya dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.