Siakap Keli

Wanita Simpan Beku Masakan Terakhir Mendiang Ibu, Menangis Bila Jamah Kembali Selepas 5 Tahun

Tiada yang dapat menggantikan kasih saya seorang ibu, walaupun jika sudah meninggal dunia. Ketulusan cinta dan kasih seorang ibu itu tidak akan mudah dilupakan oleh setiap orang yang bergelar anak.

Termasuk air tangan masakan ibu yang tiada siapa boleh ‘meniru’ rasanya. Hal ini yang dirasakan oleh seorang wanita yang berasal dari Tokya, Jepun, Takaya Reiki, yang berusia 25 tahun.

Reiki menyimpan masakan terakhir yang dimasak oleh mendiang ibunya di dalam peti sejuk selama lebih 5 tahun. Dia membekukan masakan ibunya kerana takut satu hari nanti dia akan lupa bagaimana rasanya.

Kisah ini disiarkan di sebuah rancangan televisyen di Jepun. Dimana dalam rancangan tersebut Reiki membawa bubur daging beku.

Sebelum ibu Reiki meninggal dunia, mereka ada berbincang menu makana apa yang hendak di masak untuk makan malam selepas pulang dari sekolah, dan mereka memilih untuk makan bubur daging. Namun, ketika pulang dari sekolah, ibunya sudah terbaring tidak sedarkan diri di rumah mereka dan terus dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkan ibu Reiki sudah meninggal dunia.

Kerana takut tidak dapat merasa masakan ibunya lagi, Reiki dan ayahnya memutuskan untuk menyimpan bubur daging yang sudah dimasak dalam sebuah bekas dan membekukannya.

Dalam rancangan tersebut, krew rancangan telah menghantar bubur yang telah dibekukan kepada pakar biologi untuk diperiksa keadaan makanan tersebut kerana sudah lebih 5 tahun usia makanan itu.

Walaupun sudah ada tanda dijangkiti bakteria tetapi jika dimasak dengan cara yang betul pada suhu lebih 100 darjah celcius, bubur daging tersebut boleh dimakan dengan selamat tanda keracunan.4

Seorang chef telah membantu menyiapkan hidangan bubur tersebut dengan mencairkannya dan menambah beberapa bahan agar sama seperti masakan ibunya.

Setelah dihidangkan, dapat dilihat Reiki dan ayahnya mengalirkan air mata. “Rasanya sangat sedap, sama seperti masakan ibu” kata Reiki.

Sumber: Tribunnews

Nur Syafiqah